Thursday, October 25, 2007

Silap or takdir??


40 KESILAPAN IBU BAPA
Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
Kurang melahirkan kasih sayang
Sering mengeluh di hadapan anak-anak
Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
Tidak menggunakan bahasa yang betul
Suka bertengkar di hadapan anak-anak
Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
Tidak tegas mendidik anak-anak
Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali

Di atas adalah beberapa penekanan yg telah disenaraikan ttg kesalahan ibu-bapa dlm usaha mndidik anak2. Ada baiknya kita ikut tp tak semestinya anak2 tu nanti sumenya mnjadi...kan3??

Papa pn, aku berdoa agar dikurniakan seorg suami yg dapat mbimbing ak dgn baik n family yg sentiasa dcc walau apa pn terjadi...
ameen....

Tp, klu dpikir2kan balik, apa yg berlaku ke atas kita adalah telah tertulis dan ditakdirkan utk berlaku.... So, leh ke kita salahkan takdir?
Takdir yg ketemukan 2 insan dan takdir juga yg mbawa insan itu melalui liku2 kehidupannya. So, klu benda dh nak jadi, takleh nak wat apa2 gak kan???

"Salah siapa..usah ditanya..., salah mereka..., atau kau saja, huuoooooOOOO...
Salah siapa, apa terjadi, Kau penentunya cara hidup SENDIRI!!!"
Petikan lagu di atas diambil dari lirik lagu KRU, di situ terselit sedikit nilai2 yg kit leh pegang.

Sbg insan biasa, kita mmg tak lari dari melakukan kesilapan. Kita sbenarnya xleh salah kan takdir yg telah ditentukan krn ia terselit hikmah dan ganjaran dsebalik kejadian yg menimpa.

Ibu bapa mgkin lupa tuk menyapa anak2 krn terlalu cbuk dgn tugas tp, anak2 xleh salahkan mrk krn mrk buat itu sume krn utk mncari nafkah keluarga. So, anak2 kenalah sentiasa memahapi situasi ibu bapa mrk dan apa salahnya klu kita mulakan dlu tuk menyapa mrk serta tunjukkan kpd mrk yg kita ni, sayang sgt kat mrk. Wlu pn dah ada kluarga sendri nnti, jgnlah kita sekali2 lupa akan mereka yg mbesarkan kita. Kerana, tanpa mereka siapalah kita....

MaKKKKkkkk...... AbaHHHHhhhhh...... Lin, anakmu sayang sangat300x kat mak n abah.
Lin akan kotakan kata dan janji lin, wlu apa pn terjadi... Lin harap lin ada masa tuk tu...
Mak n abah tggu lin ye.... Harap bersabar....

Sampaikan wlu Sepotong, wlu terpotong..

SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun satu ayat..."
Wassalam, "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

Subhanallah. .. Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah- mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Tujuan ak post menda kat atas nie supaya ada yg mbaca blog ak nie, dpt gak hikmah dia... Wlu pn hmpa dh tau, xpalah... kita kenalah sentiasa ingat-mengingati sesama insan... Supaya kita terlepas dari godaan setan...

Yg baik itu haruslah dikongsi bersama dan yg xbaik itu, haruslah dijadikan iktibar agar tidak terikut2...
Mudah-mudahan kita mndapat keredhaan dari Nya...
ameen......

Marah....nan merah..

Bagaimana Mengawal MARAH… !!!

1. Biarkan ia berlalu…* Salah satu cara berurusan dgn rasa marah adalah dengan belajar utk memaafkan. * Ketidakadilan muncul sepanjang masa & semua orang pernah bersalah* Belajar utk melepaskan rasa marah adalah sebahagian drp kebijaksanaan emosi

2. Gunakan ia secara positif…~ Tumpukan perhatian pd sesuatu yg boleh menghilangkan rasa marah~ Jika ia tak juga hilang, carilah seseorang utk anda meluahkan permasalahan anda

3. Namakan ia, tuntut ia, bidik ia & jinakkan ia…* 'Bidik' bermaksud anda tahu dari mana kemarahan itu datang & bagaimana utk mengawalnya* 'Jinakkan' bermakna belajar utk mengawal diri

4. Jangan mendesak, jangan mencurahkan…akui ia !~ Dengan mendesak perasaan marah akan membuatkan kita sakit hati~ Akui saja perasaan marah tersebut kerana dengan berbuat demikian, kita dapat melupakan perkara lama & buka buku baru

5. Kawal ia / ia yang mengawal anda…* Belajar utk mengawal kemarahan anda* Yang membezakan diri hanyalah kawalan diri sendiri & kelengkapan yg digunakan :* memahami emosi,* berupaya utk berhenti,* menenangkan diri sendiri,* berfikir mengenainya secara keseluruhan & * tidak membiarkan rasa marah mengusai diri

=>Aku dapat menda2 di atas nie dari seseorg yg bernama sahabat...cuma msg2 tak pernah nk gelarkn dri sbg shbt msg2. So,dlm nie ak dgn bgganya mggelar dia "S" sbg sahabat ak...

Mmg ak ni pemarah orgnya tp ak gak cepat sejuk... So, xdk mslh kot... cuma org2 dskeliling ak ja yg kena paham ak nie macam mana....

itulah hakikatnya, bhwa aku adlh ak n aku bukan org lain... Dan ak juga xbleh dpaksa tuk jadi org len... itu adlh hakikat yg mmg ak n sume org kena trima...

Jadi diri sendiri, n cuba sedaya upaya tuk wat yg terbaik 4 me, my fmly n 4 my future...

Tuesday, September 25, 2007

grouping... hw r U?

Salam....

Actualy, aku suka gak wat keja2 ngn group members sebab aku rasa kerja ngn group ni myenangkan kerja and agak meringankan beban yg seseorg individu tu taggung klu wat sensorg.

Bukan kah memang meringankan klu 1 keja tu dibuat beramai2 klu org jawa ckp, rewang2 la... Cepat siap, n meriah jadinya....

Tp, kenyataan atau statement di atas tidak sesuuuaiii..... tuk dikaitkan ngan group project in my study. Tah la kenapa ak rasa cam lebih senang wat keja sorang2 drpd wat ngan grup nie... Group ak mostly tak berjeneh...

Aku pon tak paham kenapa aku selalu ja diduga n diuji tahap kesabaran dan mental setiap kali dapat group project or assignment. Nape aku susah nak dapat group yg sekepala n komited ngn keja yg nak dibuat.

Bukan bermaksud takdak lggsung mmber group yg best, tp sem nie, aku dah terlalu banyak dikecewakan oleh grup mber. Aku tak taksa depa nie sume go beyond my expectation but, at least ada lah sket... Nie, x.... Dari skolah lagi, aku yg over dari dorg...

Cam yg ak kata td, bukan sume grup x bes, adalah... cam grup BM, HCI, SAD, DSA, Multimedia, errm... apa lagi yer???
Aku rasa... xbyak r....

Well... bukan sumer org leh terima aku nyer style, somehow kena... moretimes no....
Pendek kata, aku mmg tak leh nak put the high aspectation to somebody or anybody to do their job. Tp, yg paling lemahnya klu group ngn mmber sendri.. nak tegur or arah lebih2 nanti merajuk... pastu mulalah taknak kawan lah...itulah... inilah... Adust.... rimas!!

Aku nie mmg spesis mamalia yg komited ngan keja aku... So, aku tak dak problem nak wat keja ngn sapa pon n apa sbarang keja pon... Sbb 2, waktu aku keja kat kilang dlu, ramai yg trust me. Sampai mesin lama yg xdk sapa leh hendel pon aku leh lenient kan.... Klu tak... jangan pggil aku lin..

Tp, klu nak samakan orang hidup ngn mesin tu tak leh la kan?? So, wat should I do????
Whatever.... Although there are many things happend...I'm never quit!!
"Perjuanganku Belum Selesai..."
Aku akan trus berusaha hingga melepasi garisan penamat.

Andai mati jadi taruhan, kujadikan Iman sebagai pegangan....
Andai harta terpaksa dikorbankan, akan kujuang menegakkan keadilan...
Andai hati tak keruan, tetap kugagah mencari penyelesaian...

Means..., biar dari mana pun, bagaimana pun, cara apa pun... Aku tetap terima takdir dan ujian yg dberikan utk diriku... Semoga waras...
Ameen....

Sunday, September 23, 2007

risau...

Ari kmis yg lalu, ak da kol adik manjaku "Nana". Lega ati ak bila dpt dgr suala manja dia tu. Ak tayakan keadaan dia. Alhamdulillah... dia chat...yg len pn chat.

Ak bukan pa, ak bimbang ngn ctuasi skrg nie, kanak2 mmg tak slamat. Mau tak nyer, kes adik nurin jazlin yg hilang tu, wat ak tringat sgt kat adik aku yg sorg nie... Dia kata, mak n abah dah tak bagi dia p main jauh2... dia dh xleh bebas sgt cam dlu... lega sket ati ak... Tp, ksian lak kat dia... Takpe la... beringat sblm terkena... Nasib bik dia paham...

Sayang....Nana... :*

Time 2, masih dlm siasatan tntg mayat knak2 prempuan dlm beg. Nana yg britau ak yg budak pompuan 2 adalah nurin. Sebak tul...

Dia kata, sebab 2 lah mak n abah control dia... Dia pn trut kesian gak kat nurin.

Sebenarnya, ak bangga ngn adik aku nie sb dia nie matang. Bijak berfikir dan faham dlm sebarang situasi. Ak rasa, klu budak len, tentu dh mberontak mintak macam2...

Aku plak, slalu terbayang gambaran keadaan arwah adik nurin 2. Tak dpt ak bayangkan klu menda nie brlaku kat kluarga kami. Aku rasa, akulah orang yg paling lemah skali dlm perkara nie. Maunya aku amok menggila atau sasau tak dpt terima kenyataan.

Oleh itu, ak sgt2 berharap dpt tgok adik2 aku mbesar dgn baik dan bahagia dlm hidupnya...

Sesekali ak terkenangkan arwh adik nurul huda yg turut menerima nasib malang. Maka berkumandang lah lagu "Terlalu Istimewa" oleh adibah nor dibenakku.

Tahla, klu time2 critical camnie, slalu jer adalah menda2 len yg ak nak wat, pkir n macam2 lg lah...

Tp, lega lak rasanya bila dh luahkan kat cni, taklah ak pendam sgt...

arinie...24 sept 07

Dlm kesibukan tugas sbg studen, ak stil ada masa tuk create blog.... ish300x..
So, blog nie bru create arini lar.....

Sebabnyer, aku nak balas komen tuk 1 blog nie, so require 2 enter blog adds. Maka, dgn itu ak pn terpaksalah merajinkan diri tuk wat blog ak sendri...

Logik ke x, ak tak kira, sb ak mmg ikhlas nak ucap Takziah kpd kluarga kanak2 malang, nurin jazlin yg mninggal baru2 nie...

Tragis tul cara dia dseksa. Kejam tul org yg myeksa dia 2. Itu bukan manusia namanya... abes 2, nak pggil apa klu bukan manusia????

Stahu ak, binatang pn xsggup nak wat cam 2....

So, valid gak lar reason ak nie kan....???
Mesti ramai yg simpati kat kluarga nurin, tp sesuatu yg terjadi dh xleh nak ubah dah... Mungkin ada rahmat dsebalik kejadian nie...

Aku sangat2 berharap perkara camnie xakan ak dengar lg sb ak xsggup nk dngr, baca @ lihat kes2 tragis yg menimpa budak2. So, ibu bapa tlglah ambil peranan supaya perkara seumpama ini xbrlaku kat anak2 anda.

Bukan 2 jer, sapa2 yg ada adik 2, tgok2 lah adik2, jagalah mereka slagi kita terdaya...

JANGAN sampai kita menyesal d kemudian hari...