Thursday, October 25, 2007

Silap or takdir??


40 KESILAPAN IBU BAPA
Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
Kurang melahirkan kasih sayang
Sering mengeluh di hadapan anak-anak
Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
Tidak menggunakan bahasa yang betul
Suka bertengkar di hadapan anak-anak
Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
Tidak tegas mendidik anak-anak
Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali

Di atas adalah beberapa penekanan yg telah disenaraikan ttg kesalahan ibu-bapa dlm usaha mndidik anak2. Ada baiknya kita ikut tp tak semestinya anak2 tu nanti sumenya mnjadi...kan3??

Papa pn, aku berdoa agar dikurniakan seorg suami yg dapat mbimbing ak dgn baik n family yg sentiasa dcc walau apa pn terjadi...
ameen....

Tp, klu dpikir2kan balik, apa yg berlaku ke atas kita adalah telah tertulis dan ditakdirkan utk berlaku.... So, leh ke kita salahkan takdir?
Takdir yg ketemukan 2 insan dan takdir juga yg mbawa insan itu melalui liku2 kehidupannya. So, klu benda dh nak jadi, takleh nak wat apa2 gak kan???

"Salah siapa..usah ditanya..., salah mereka..., atau kau saja, huuoooooOOOO...
Salah siapa, apa terjadi, Kau penentunya cara hidup SENDIRI!!!"
Petikan lagu di atas diambil dari lirik lagu KRU, di situ terselit sedikit nilai2 yg kit leh pegang.

Sbg insan biasa, kita mmg tak lari dari melakukan kesilapan. Kita sbenarnya xleh salah kan takdir yg telah ditentukan krn ia terselit hikmah dan ganjaran dsebalik kejadian yg menimpa.

Ibu bapa mgkin lupa tuk menyapa anak2 krn terlalu cbuk dgn tugas tp, anak2 xleh salahkan mrk krn mrk buat itu sume krn utk mncari nafkah keluarga. So, anak2 kenalah sentiasa memahapi situasi ibu bapa mrk dan apa salahnya klu kita mulakan dlu tuk menyapa mrk serta tunjukkan kpd mrk yg kita ni, sayang sgt kat mrk. Wlu pn dah ada kluarga sendri nnti, jgnlah kita sekali2 lupa akan mereka yg mbesarkan kita. Kerana, tanpa mereka siapalah kita....

MaKKKKkkkk...... AbaHHHHhhhhh...... Lin, anakmu sayang sangat300x kat mak n abah.
Lin akan kotakan kata dan janji lin, wlu apa pn terjadi... Lin harap lin ada masa tuk tu...
Mak n abah tggu lin ye.... Harap bersabar....

No comments: