Thursday, October 25, 2007

Silap or takdir??


40 KESILAPAN IBU BAPA
Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
Kurang melahirkan kasih sayang
Sering mengeluh di hadapan anak-anak
Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
Tidak menggunakan bahasa yang betul
Suka bertengkar di hadapan anak-anak
Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
Tidak tegas mendidik anak-anak
Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali

Di atas adalah beberapa penekanan yg telah disenaraikan ttg kesalahan ibu-bapa dlm usaha mndidik anak2. Ada baiknya kita ikut tp tak semestinya anak2 tu nanti sumenya mnjadi...kan3??

Papa pn, aku berdoa agar dikurniakan seorg suami yg dapat mbimbing ak dgn baik n family yg sentiasa dcc walau apa pn terjadi...
ameen....

Tp, klu dpikir2kan balik, apa yg berlaku ke atas kita adalah telah tertulis dan ditakdirkan utk berlaku.... So, leh ke kita salahkan takdir?
Takdir yg ketemukan 2 insan dan takdir juga yg mbawa insan itu melalui liku2 kehidupannya. So, klu benda dh nak jadi, takleh nak wat apa2 gak kan???

"Salah siapa..usah ditanya..., salah mereka..., atau kau saja, huuoooooOOOO...
Salah siapa, apa terjadi, Kau penentunya cara hidup SENDIRI!!!"
Petikan lagu di atas diambil dari lirik lagu KRU, di situ terselit sedikit nilai2 yg kit leh pegang.

Sbg insan biasa, kita mmg tak lari dari melakukan kesilapan. Kita sbenarnya xleh salah kan takdir yg telah ditentukan krn ia terselit hikmah dan ganjaran dsebalik kejadian yg menimpa.

Ibu bapa mgkin lupa tuk menyapa anak2 krn terlalu cbuk dgn tugas tp, anak2 xleh salahkan mrk krn mrk buat itu sume krn utk mncari nafkah keluarga. So, anak2 kenalah sentiasa memahapi situasi ibu bapa mrk dan apa salahnya klu kita mulakan dlu tuk menyapa mrk serta tunjukkan kpd mrk yg kita ni, sayang sgt kat mrk. Wlu pn dah ada kluarga sendri nnti, jgnlah kita sekali2 lupa akan mereka yg mbesarkan kita. Kerana, tanpa mereka siapalah kita....

MaKKKKkkkk...... AbaHHHHhhhhh...... Lin, anakmu sayang sangat300x kat mak n abah.
Lin akan kotakan kata dan janji lin, wlu apa pn terjadi... Lin harap lin ada masa tuk tu...
Mak n abah tggu lin ye.... Harap bersabar....

Sampaikan wlu Sepotong, wlu terpotong..

SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun satu ayat..."
Wassalam, "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

Subhanallah. .. Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah- mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Tujuan ak post menda kat atas nie supaya ada yg mbaca blog ak nie, dpt gak hikmah dia... Wlu pn hmpa dh tau, xpalah... kita kenalah sentiasa ingat-mengingati sesama insan... Supaya kita terlepas dari godaan setan...

Yg baik itu haruslah dikongsi bersama dan yg xbaik itu, haruslah dijadikan iktibar agar tidak terikut2...
Mudah-mudahan kita mndapat keredhaan dari Nya...
ameen......

Marah....nan merah..

Bagaimana Mengawal MARAH… !!!

1. Biarkan ia berlalu…* Salah satu cara berurusan dgn rasa marah adalah dengan belajar utk memaafkan. * Ketidakadilan muncul sepanjang masa & semua orang pernah bersalah* Belajar utk melepaskan rasa marah adalah sebahagian drp kebijaksanaan emosi

2. Gunakan ia secara positif…~ Tumpukan perhatian pd sesuatu yg boleh menghilangkan rasa marah~ Jika ia tak juga hilang, carilah seseorang utk anda meluahkan permasalahan anda

3. Namakan ia, tuntut ia, bidik ia & jinakkan ia…* 'Bidik' bermaksud anda tahu dari mana kemarahan itu datang & bagaimana utk mengawalnya* 'Jinakkan' bermakna belajar utk mengawal diri

4. Jangan mendesak, jangan mencurahkan…akui ia !~ Dengan mendesak perasaan marah akan membuatkan kita sakit hati~ Akui saja perasaan marah tersebut kerana dengan berbuat demikian, kita dapat melupakan perkara lama & buka buku baru

5. Kawal ia / ia yang mengawal anda…* Belajar utk mengawal kemarahan anda* Yang membezakan diri hanyalah kawalan diri sendiri & kelengkapan yg digunakan :* memahami emosi,* berupaya utk berhenti,* menenangkan diri sendiri,* berfikir mengenainya secara keseluruhan & * tidak membiarkan rasa marah mengusai diri

=>Aku dapat menda2 di atas nie dari seseorg yg bernama sahabat...cuma msg2 tak pernah nk gelarkn dri sbg shbt msg2. So,dlm nie ak dgn bgganya mggelar dia "S" sbg sahabat ak...

Mmg ak ni pemarah orgnya tp ak gak cepat sejuk... So, xdk mslh kot... cuma org2 dskeliling ak ja yg kena paham ak nie macam mana....

itulah hakikatnya, bhwa aku adlh ak n aku bukan org lain... Dan ak juga xbleh dpaksa tuk jadi org len... itu adlh hakikat yg mmg ak n sume org kena trima...

Jadi diri sendiri, n cuba sedaya upaya tuk wat yg terbaik 4 me, my fmly n 4 my future...