Thursday, April 19, 2012

Suami, Isteri & . . . (Kecik ati bhg. 1)

Dari sebuah kisah..
"Semalam adalah saat menyedihkan bagi diriku..suami memarahi aku hanya kerana aku ke dapur sekejap untuk minum dan tinggal kan anak yang berumur 11bln serta kakaknya 5thn duduk di tangga ruang tamu rmh yang hanya ada 1 anak tangga ja.tdk setinggi mana pun.aku minum tdk lama sbb jarak dpur dgn ruang tamu dekat saja.malah nampak anak2 dari arah dapur.tiba2 suami marah ckp aku ni cuai,bodoh betul tdk jaga anak dgn baik.sdg kan dia dduk dkt jg dgn anak2 membaca surat khabar.kalau di kata kan  bodoh dan cuai hati ini boleh menerima lagi tapi suami cakap aku ni BABI BTUL!!

ya ALLAH kenapa dgn suami aku ni..besar sangat kah kesalahan aku ?

aku tdk melawan atau balas blk kata2nya tu.aku hanya ambil sikap berdiam diri dan menjauhkan diri darinya.aku menangis...terlalu sedih...sedih di katakan mcm tu.siang malam aku menjaga anak2.sanggup dia cakap aku CUAI BODOH BABI! binatang haram tu dia samakan dgn aku..semalaman aku tdk dpt tdur..teringatkan kata2nya tu air mata aku mengalir...kekadang aku rasa mahu lari dari rumah ni bersama anak2 tggl kan suami.tp akal waras aku ckp JGN!!!fkr kan anak2..ya ALLAH teman2 tenangkan lah hatiku..berikan lah aku nasihat yang berguna.."

Kisah di atas adalah kisah benar (tah la tol ke x) yg ak petik dr email (entah sape tah.. ) yg tak semena-mena menjengah msuk ke inbox yahoo ku.. pelik, macam mana plak bleh terlepas ke inbox nie.. biasanya msuk spam.. agaknya ALLAH SWT nk bg ak petunjuk sekiranya perkara seperti ini berlaku sama ada padaku atau sesiapa yg berada di sekelilingku.

SAKIT HATI... sedih, pilu, remuk berkecai hati seorang wanita apabila dilemparkan kata2 seumpama itu walaupun disampaikan dengan cara paling lemah lembut bersama lemparan senyuman yg paling manis. Tatkala itu, hati umpama sebuah pinggan kaca (bukan cap arcopal atau lain2 cap yg tahan lasak tu..) berderai akibat terhempas. Hanya ALLAH SWT sahaja yg tahu bertapa kecewanya kerana hanya Dia yg mengerti segalanya.. (wanita belum tentu fahami hati wanita, apatah lg lelaki)

Ak? Apa ak rasa bila terbaca email tersebut?

Simpati.. Pada masa yg sama, ak ingin tahu apa yg org2 di SIM katakan.. Adakah mereka membantu wanita terbabit dgn memberi khidmat nasihat yg bernas? So, terpaksa la ak cek kat spam.. (gagah noh.. == jaga tepi kain org.. haha)

Kebanyakannya, menyarankan supaya wanita tersebut bersabar.. tenangkan fikiran dengan mengingati ALLAH SWT.. Minta petunjuk dari ALLAH SWT.. berbincang secara elok dengan suami untuk perbaiki keadaan.. dan bermacam-macam lg nasihat yg boleh diikuti. Sejuk hati ak apabila dh ada insan2 yang beri semangat & nasihat yg sepatutnya kepada wanita itu.

Tetapi, tak kurang hebatnya pula yg menyalahkan perbuatan suami wanita itu dan perbuatan wanita itu sendiri kerana menghebahkan keburukan suaminya kpd umum. Huh, org2 yg bertindak seperti ini, agaknya kurang matang.. tidak berfikir panjang.. tidak kah mereka merasakan terbuatan mereka itu umpama mencurahkan minyak kedlm api?? Coldwar, membantukah dalam situasi ini? Yg sokong si isteri nie 1 hal.. Yg salahkan si isteri pn 1 hal lg.. (sokong si suami la tu.. ) ish3.. cam gender fight la plak.. (cian plak ak kat dorg nie.. xpasal2 dpt dosa..)

La hawla wala quwwata illa billaah (There is no might and power but that of Allaah)

Sekadar pengajaran buat semua terutamanya utk diriku sendiri yg masih mentah di alam rumah tangga dan di dunia yg fana ini.. Kita sebagai manusia biasa tak akan lekang dari membuat kesilapan sama ada sedar atau tidak.. Islam adalah segalanya.. ALLAH SWT lebih tahu apa yg terbaik untuk setiap hambaNya kerana apa yg kita sukai itu mungkin tidak baik untuk kita dan yg kita tidak sukai itu adalah yg terbaik untuk kita.. Setiap yg terjadi itu ada hikmah disebaliknya.. WAALLAH HU ALAM..

** Plez correct me if im wrong.. Maaf klo tersalah tang mana2 k.. ("0")v
(abaikan ejaan & ayat yg tah pape nie.. tulun ye.. hehe.. )

No comments: